Monday 28 March 2011

Kuala Lumpur

Thx sume kwn2 ku yg pergi KL 11 Mac 2011 y lalu iaitu zue, lin, shahril n norman ..x lpe juga pd mber2 lain y skrg practical di KL...deorg lah y membawa kteorg berjalan round2 bndar Kuala Lumpur 2, kre mcm pemandu pelancong lah g2,..hehe, bestnye dpt g jln2 dgn deorg..yelah,  bkn selalu kn..happy sgt, walaupun rse pnt...byk jgk tempat2 yg kteorg pergi, jalan2 sambil shopping2..hihihi..x sah lau berjalan2, x shopping kn, hehe...aku rse happy n puas sgt, yelah bygkan bertolak dr Kuantan-KL hari jumaat mlm tuh, tiket Pkul 9mlm, sampai KL pukul 12mlm..hari sabtu plak, seharian berjalan + shopping dgn deorg sume..n hari ahd pg tuh pulak dah balik Kuantan tiket Pkul 11.30pg..rse sekejap sgt, walaupun rse sekejap, tp aku seronok, n happy sgt!!!..sayang korang...harap dpt kua dgn korang lagi psni...:)))

haha..nih mse nk tunggu bas g time square..hehe, panas lorh, sume pejam mate..hihi

tgk mate faezah..hehe..panas, bekerut mke2..hihi

ni kat time square, igtkn nk naik/main bnde tuh, tp tkut la plak..hehe..sume xnk naik, tkut pnye pasal..hihi, penakut sume upenye, t'masuklah aku skali..haha

mereka..berehat sebentar setelah penat berjalan..hihih, tp sempat ag snap pix..haha





nih time tgh tgu bas nk naik LRT g pekeliling, hehe..nsb baik xlme menunggu..senang dpt bas/teksi kat sini taw..hehe

nih kat pekeliling, tgh tgu nak nek bas balik ke Kuantan..tgk, agak byk brg2 shopping dr KL, haha


hihihi..bas kteorg naik mase pergi KL n balik ke Kuantan, Plusliner..agak laju juge ye bas nih..hehe..



Devil Beside You

Drama taiwan y paling aku minat..pelakon2 die pun aku minat sgt2..mike he yg nsem + macho..hehe, rainie yang yg comel n cute...aku ske tgk deorg berdua ni, sweet sgt...byk jgk la aku tgk drama/movie yg deorg berlakon..ade byk ag artis2/drama/movie korea yg aku minat, tp deorg nih salah satu r artis y aku paling2 minat...aku nk sgt beli DVD drama Devil Beside You y deorg berlakon tuh, hehe...


Rainie Yang y comel n cute

Mike He yg nsem + macho
Mike He dan Rainie Yang, sweet couple..ske tgk mereka..


Friday 25 February 2011

Air Mata

Makna Air Mata Insan
 
 
PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? 
 
Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.


Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2.   Menangis kerana rasa takut.
3.   Menangis kerana cinta.
4.   Menangis kerana gembira.
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10.  Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis.

Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu: Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat. Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya. Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud:


Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

1.  Apabila dahinya berpeluh.
2   Air matanya berlinang.
3.  Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.
 

 

 

Wednesday 23 February 2011

Aku dan Kwn2




Ni sume kwn2 aku..best gle kwn dgn dieorg sume.. ni kwn2 aku mse aku bljr kat kolej satu kelas, dari semester 1-6..




SHOPPING TIME








Ni time aku dan mber2 aku ku0 bndo..mse ni mgu sume x balek kg, so kteorg duk hostel jee..disebabkan duk 0stel punye la boring, semua mencadangkan kte g bnd0, haha..yela xtau gk nk g mane kn, so kteorg g jln2 satu bandar ktn kteorg pusing2, sampai sakit lenguh2 kaki aku, tp aku puas hati n happy sgt..memang best r mse ni dpt kua ramai2, happy sgt, syg korang!!..kwn2 ble ag kte nk kua same2 ni????



PORTFOLIO





Ni plak time dlm kls En.fahmi, mse ni kteorg tgh siapkan portfolio tahap 4 mse sem4 untuk subjek En.fahmi..ni pun mggu las sebelum cti sem, ..ade yg kne repeat paper pun ade, so repeat trs la mse 2, lau tangguh2 nnt x sempat plak.. haha, bertungkus lumus menyiapkan portfolio msg2, tp sempat lagi snap2 dlu pict untuk buat kenangan...kwn2 rindu korang sume..sayang korang!!!..:)




TAMAN GELORA




Ni plak time kat tmn gelora, haha..mse ni sje2 nk snap pict..lagipun mse ni tegah tggu aku dan mber aku yg sorng ni sampai, so dieorg ambik mse snap2 dlu sementara tgu aku dan mber aku ni sampai sne..mse ini aku n mber aku kne g kolej hantar surat ape ntah psal nk confirm tempat practical utk sem6..kteorg sampai lmbat cikit je, dieorg dah siap pusing2 tmn gelora..haha...tp best jgk la, wahhh gembira sgt!! huhu..^^,



PICNIC PANTAI SEPAT




Ni time aku n mber2 g pantai sepat..mse ni kteorg cuti, so sume xde kls..ape ag, kteorg rancang r sesuatu untuk mengisi mse yg terluang..kteorg g picnic, sambil jln2..best time ni, ble ag la dpt jmpe korang sume ni??? Erm :(



 BADMINTON

 







Haha..ni plak mse aku n budak2 ni g maen badminton..mcm tere je maen badminton..haha..mse ni mgu las sem5, bru pas siap hntr report final project msg2..maen badminton sampai sakit2 satu badan..haha..mse 2 lak keesokkan pagi 2 aku dgn mber aku ni, nk buat ujian kelayakan lesen memandu, disebabkan maen badminton sampai sakit2 satu badan xjd nk g PMC pagi 2..so kne la g hr laen..pk2 blek nyesal lak maen mlm 2..tp xpe aku n kwn2 happy sgt2...best r join korang!!

Sunday 20 February 2011

Andai Itu Takdir-Nya

Dalam byk2 novel yg dah aku baca, novel Andai Itu Takdir-Nya adalah novel yg paling best..bg peminat2 novel korang try ar bace novel ni, memang best !!!..


Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."